页面

Thursday, December 17, 2009

MOF:wages statistics of Malaysia labour

Jawapan Bertulis Dewan Rakyat Daripada Kementerian-kementerian
Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Parlimen keduabelas

NO.117

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci dengan jadual, jumlah pekerja Malaysia mengikut taraf pendapatan bawah RM1,000 antara RM1,000 dan RM2,000, antara RM2,000 dan RM3,000 dan setiap ribu yang berikutan sehingga RM10,000 ataupun mengikut kadar pendapatan yang seida ada dalam kementerian.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Bilangan pekerja di Malaysia dianggarkan sebanyak 7.3 juta orang pada tahun 2008. Peratusan pekerja mengikut kelas gaji dan upah adalah seperti berikut:

kelas Pendapatan

Peratus %

> RM1,000

41.9%

RM1,000 hingga RM2,000

32.1%

RM2,000 hingga RM3,000

14.1%

RM3,000 hingga RM4,000

6.6%

RM4,000 hingga RM5,000

2.3%

RM5,000 hingga RM6,000

1.1%

RM6,000 hingga RM10,000

1.3%

< RM10,000

0.5%

Maklumat tersebut berdasarkan Penyiasatan Gaji Dan Upah yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Penyiasatan ini dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan antarabangsa iaitu International Labour Organisaztion (ILO) malalui A manual on methods: An integrated system of wages statistic yang diguna pakai oleh semua negara.

Dari segi peratusan isirumah mengikut kelas pendapatan bagi tahun 2007 pula adalah seperti berikut:

kelas Pendapatan

Peratus %

> RM1,000

8.5%

RM1,000 hingga RM2,000

29.3%

RM2,000 hingga RM3,000

19.8%

RM3,000 hingga RM4,000

12.9%

RM4,000 hingga RM5,000

8.6%

RM5,000 hingga RM6,000

5.9%

RM6,000 hingga RM10,000

10.0%

< RM10,000

5.0%


Sekian, terima kasih.

No comments: