页面

Thursday, December 17, 2009

MOF: personal/company tax being paid and federal fund allocation to states

Jawapan Bertulis Dewan Rakyat Daripada Kementerian-kementerian
Mesyuarat ketiga, Penggal kedua, Parlimen keduabelas

NO.117

Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci jadual pengutipan cukai pendapatan individu dan syarikat/perbadanan mengikuy negeri, berbanding dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada setiap negeri pada setiap tahun sejak tahun 2000.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, sistem kutipan cukai berdasarkan negeri hanya diwujubkan mulai 2001. Kutipan cukai sebelum tahun tersebut adalah berdasarkan kawasan iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Jumlah kutipan cukai pendapatan individu, cukai pendapatan syarikat dan pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi tempoh 2001 hingga 2008 adalah berikut:


Cukai Pendapatan Individu (RM juta) Cukai Pendapatan Syarikat (RM juta) Pemberian (RM juta)
Wilayah Persekutuan 27,791 185,579 -
Selangor[1] 18,429 - 2,834
Johor 6,129 10,746 1,801
Sarawak 4,408 11,220 2,666
Pulau Pinang 6,206 10,453 764
Sabah 3,193 8,720 3,597
Perak 3,338 5,208 1,735
Melaka 1,478 2,302 620
Negeri Sembilan 1,614 1,175 871
Kedah 1,298 1,785 1,588
Pahang 1,301 1,293 1,357
Terengganu 859 568 1,167
Kelantan 607 423 1,458
Perlis 220 164 563
NOTA:
[1] Kutipan cukai pendapatan syarikat bagi negeri Selangor direkodkan di bawah Wilayah Persekutuan.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, kutipan hasil cukai pendapatan tidak menggambarkan pendapatan tersebut dihasilkan daripada negeri yang berkenaan. Ini kerena kutipan cukai dibuat berdasarkan alamt pembayar cukai yang terdapat dalam rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Misalnya terdapat syarikat yang beroperasi di sesebuah negeri tetapi membayar cukai di Kuala Lumpur atau di tempat lain kerana ibu pejabat berada di sana.

3. jumlah pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Negeri dari tahun 2001 hingga 2008 meliputi:

i) Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant);
ii) Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri;
iii) Pemberian Tahunan Kepada Pihak Berkuasa;
iv) Pemberian Khas Kedah dan Selangor;
v) Pemberian Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup;
vii) Pemberian Senarai Bersama;
viii)Bantuan Bayaran Bil Elektrik Lampu Jalan dan Lampu Isyarat PBT;
ix) Pemberian Bayaran Perkhidmatan Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Dalam Pelaksanaan Projek Persekutuan;
x) Bayaran Pemansuhan Duti Import dan Eksais Atas Barangan Petroleum Kepada Negeri Sabah & Sarawak; dan
xi) Pemberian Kekurangan Dalam Akaun Mengurus.

No comments: