页面

Friday, March 12, 2010

MOHA:PDRM expenses from 2005 to 2007

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan peruntukan yang disalurkan ke setiap jabatan dalam PDRM untuk tahun 2005, 2006 dan 2007. Nyatakan rancangan PDRM untuk mengurangkan kadar jenayah di Malaysia. [09/3/046]

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia, peruntukan setiap jabatan di dalam PDRM dari tahun 2005 hingga 2007 adalah seperti berikut:


JABATAN
TAHUN
2005 (RM)
2006 (RM)

2007 (RM)
JUMLAH (RM)
Pengurusan
1,131,089,100
1,119,378 000
1,251,157,700
3,501,624,800
Logistik
898,402,200
  999,509 700
142,307,000
2,040,218,900
JSJ
165,590,700
  200,324, 2O0
203,349,100
569,264,000
C.Khas
155,862,600
183,632,600

186,704,200
526,199,400
JSJN   7O,568,7OO   73,924,700
75,567,900
220,061,300
KDN/KA
644,277,800
  779,156,900
849,547,300
2,272,982,000
JSJK
0
   38,542,300
39,036,600
77,578,900
JUMLAH (RM)3,065,791,1 00
3,394,468,400

2,747,669,800
9,207,929,300
















Tuan Yang Dipertua,

Pihak polis telah merangka strategi untuk mengurangkan keja jenayah di negara ini seperti berikut:

(a)  Strategijangka masa pendek:

i. Melaksanakan  tindakan  pencegahan  jenayah  secara bersepadu dengan melibatkan penyertaan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan;

ii. mengenal pasti kawasan panas (hotspot) yang seringkali berlaku jenayah dan menambahkan anggota membuat rondaan. Kehadiran polis (pofice omnipresence) juga dipertingkatkan   dengan bantuan anggota tambahan dari RELA dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM);

iii. mengadakan operasi secara terus menerus sepanjang tahun seperti Ops Lejang yang mensasarkan pengguna motosikal di seluruh negara, Ops Rentap bagi menangani jenayah ragut atau samun tepi jalan dan Ops Utama Perdana bagi mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara;

iv. menambah bilangan CCTV dan lampu jalan di kawasan kawasan yang kerap berlaku jenayah;

v. meningkatkan kerjasama masyarakat dan NGO dalam membantu pihak polis mambanteras jenayah melalu kempen kesedaran dan penyaluran maklumat; dan

vi. memperkuatkan pasukan penyiasat dengan menambah bilangan pegawai penyiasat dan juga kelengkapan seperti  komputer riba (laptop) dan kenderaan selain latihan dalam penyiasatan dan undang-undang.

(b) Strategi jangka masa panjang:

  i.  Menambah keanggotaan polls sebanyak 60,000 orang di bawah rancangan Penstrukturan Semula Organisasi (PSO) PDRM;

 ii. menambah bilangan balai polls, pondok polis di daerah yang  pesat  membangun  dan  mempunyai  kepadatan penduduk yang tinggi. Daerah tersebut akan dipecahkan kepada dua (2) dan diletakkan di bawah pengawasan daerah polis yang berasingan;

 iii. membangunkan projek Central Intelligence Unit (CIU) bagi tujuan mempunyai pangkalan data yang bersepadu;

 iv. membuat penambahbaikan terhadap sistem  komunikasi PDRM bagi memastikan PDRM dapat memberikan respond time yang pantas kepada jenayah yang berlaku.

No comments: